WE CANNOT DIRECT THE WIND ,BUT WE CAN ADJUST THE SAILS

Sunday, October 16, 2011

Pengalaman Menjadi Ketua

Alhamdulillah, akhirnya pengajian sesi jun-nov 2011 hampir melabuhkan tirai.
saya berasa lega kerana tugas sebagai ketua bakal dilepaskan pada bila-bila masa sahaja.
secara jujurnya, saya tidak berasa begitu terbeban dengan tugas ini melainkan sedikit sahaja.
Selebihnya, rasa puas dan gembira dapat berkhidmat dan mendapat pengalaman baru.
tetapi, saya berasa agak sedih dengan sikap sebahagian besar kita, yang masih  jauh untuk menghormati apatah lagi  memahami perasaan orang lain.
Banyak pengajaran yang saya dapat, amat berguna untuk menghadapi cabaran di luar
Pesan saya, belajarlah memahami situasi orang lain
jangan pentingkan diri sendiri
cuba hormati tugas sebagai seorang ketua, mereka memulakan tugas untuk kebaikan orang lain, jauh sekali untuk kepentingan diri
jangan suka mendesak, situasi yang tenang dan harmoni boleh terganggu dengan adanya sikap seperti ini.
jangan suka bertanya soalan sama banyak kali, tak semua orang bersedia melayan kerenah anda
jangan suka bertanya benda remeh - temeh, benda yang boleh diselesaikan cuba fikir sendiri
jangan perbesarkan masalah yang kecil, kadang-kadang benda mudah tapi suka buat susah
utamakan majoriti, jangan menilai keuntungan terhadap diri
semoga kita semua diberkati Allah :)

Monday, January 31, 2011

Luka di Hati

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.
Untuk apakah paku-paku ini ayah?” tanya pemuda tersebut.
“Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu” jawab ayahnya.


Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.

Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, di mana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.

Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.

Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata “Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini.
  

Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kira berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatan mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.

Walau bagaimanapun marahnya kita terhadap sesuatu perkara itu, sebaik-baiknya kita masih lagi rasional dalam pertimbangan kita. Namun, jarang sekali kita melihat pertimbangan yang rasional lagi bijaksana lahir dari hati yang membuak-buak dengan perasaan mara. Marah itu sifatnya api, dan Syaitan yang direjam itu juga asalnya daripada api.

Tuesday, January 25, 2011

A single soul dwelling in two bodies

The most important thing to remember is... Always appreciate the friends that you have. A fight may come and go very easily, but a friendship could last forever.  For every second spent in anger, a minute of happiness is wasted.


True Friends

There are many people
that we meet in our lives
but only a very few
will make a lasting impression
on our minds and hearts
It is these people that we will
think of often
and who will always remain
important to us
as true friends

~ Susan Polis Schutz ~














if u happy to see me like this, juz go ahead..ur happiness are my happiness..too~ anonymous

Saturday, January 15, 2011

Tika Dinihari

Album : Devotees
Munsyid : Devotees
http://liriknasyid.com
Oh Tuhanku
Tiada indah di malam yg ini
Melainkan dengan bermunajat kepadamu
Tiada indah suatu hari yg Aku lalui
kecuali dengan patuh kepadamu

Oh Tuhanku
Tiada indah hidup di dunia
melainkan berzikir dan menyebut namamu
Tiada indah tiba di akhirat yang abadi
kecuali dengan kempunan mu

Ya Allah Tuhanku
Yg merubahkanku Tetapkanlah
Hatiku Moga sentiasa
Dalam Agamamu
Jua taat akan perintahmu

Tuhan
Usah bebankan kami
Dengan bebanan yang berat
Seperti
Yang pernah kau berikan
kepada umat yang terdahulu Dari kami

Tuhan
Jangan Pikulkan Kami
Yang tidak kami terdaya
Maafkan salah kesilapan
Ampunkanlah Dosa-Dosa
Rahmatilah Kami

p/s: best2..slmt mendengar

Tuesday, January 4, 2011

Perangai Yahudi berleluasa dalam media massa?

DENGAN nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan:
"Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu apa pun dan Dia memberikan kepadamu pendengaran, penglihatan dan hati supaya kamu bersyukur." (Surah an-Nahl, ayat 78)
***

Kita terpanggil untuk memuzakarahkan hal ehwal media massa tanah air berdasarkan peristiwa mutakhir ini di mana pihak ini berkecenderungan menyiarkan laporan mengikut kepentingan dan nafsu masing-masing.

Satu contoh sangat jelas bagaimana media ini sangat ‘bias’ (berat sebelah) dalam laporan masing-masing adalah berhubung pendedahkan WikiLeaks mengenai pemimpin negara ini. Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim ‘ditelanjangi’ habis-habisan tetapi hal membabitkan Perdana Menteri, Najib Razak tidak disebut langsung. Kita faham media mempunyai alasan dan kepentingan masing-masing tetapi janganlah bertindak keterlaluan dalam membodoh-bodohkan rakyat.

Sikap memilih-milih dalam pemberitaan ini mengingatkan kita kepada tafsiran al-Quran mengenai perangai orang Yahudi yang bertindak mendedahkan sebahagian kandungan kitab Taurat dan menyembunyikan sebahagian yang lain. Dalam Ayat 85 Surah Al-Baqarah, Allah SWT berfirman yang maksudnya; “…Apakah kamu beriman kepada sebahagian Al Kitab (Taurat) dan ingkar terhadap sebahagian yang lain? Tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian daripadamu, melainkan kenistaan dalam kehidupan dunia, dan pada hari kiamat mereka dikembalikan kepada seksa yang sangat berat. Allah tidak lengah daripada apa yang kamu perbuat.”

Dalam menangani pendedahan WikiLeaks sewajarnya orang beriman berpandukan al-Quran; pada Ayat 6 Surah Al-Hujurat Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Hai orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan kecelakaan kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.”

Tetapi lihatlah, apa yang dilakukan oleh media ini? Apakah pendedahan berdasarkan risikan diplomat asing mahu dipercayai tanpa sebarang penelitian dan siasatan dan kemudian bertindak lebih gampang seolah-olah Ketua Pembangkang itu sudah didapati bersalah dan perlu dihukum? Namun dalam hal membabitkan Perdana Menteri mengapa menikus saja? Sewajarnya dalam kedua-dua kes, sebarang pihak termasuk media perlu membuat pemeriksaan dengan amat teliti, tidak terburu nafsu dan sesuka hati mencanangkan apa didakwa keburukan pihak lain.

Dalam hal menghadapi fitnah si fasik pembawa berita ini (WikiLeaks), kita mengkagumi reaksi bersahaja Presiden Iran, Ahmedinejad yang walaupun negaranya diapi-apikan dengan pendedahan risikan Amerika kononnya Raja Arab Saudi, Abdullah mendesak kehancuran Iran, menganggap ia usaha jahat bertujuan memusnahkan hubungan baik kedua-dua negara.

Demikianlah sewajarnya tindakan orang beriman, berhati-hati dalam sebarang tindakan, tetapi nampaknya peneraju media massa ini tidak peduli semua itu, yang penting tokoh yang disasarkan, ditamatkan riwayatnya secepat mungkin. Mungkinkah disebabkan terlalu tebal fahaman asabiyah, dendam dan kejahatannya, pihak ini sudah tertutup rapat hatinya atau hatinya sudah menjadi batu, tidak dapat lagi menilai kebenaran dan kebatilan.


Disebabkan hati sudah gelap, itulah sebabnya pihak ini berterusan memperkosa dunia media massa dengan penghasilan akhbar dan majalah yang penuh dengan bahan maksiat; jengoklah kandungan bahan penerbitannya – dedah dan lucah – menjadi kebangaan puak ini untuk mencari sesuap nasi bagi diberi makan kepada anak isteri. Mereka juga tidak peka, halal haram hasil perolehan sehingga menjadi pak sanggup menyiarkan keputusan judi (empat nombor ekor) saban minggu semata-mata bagi meraih sedikit habuan dunia.

Anehnya pada masa yang sama puak-puak ini mendakwa merekalah pejuang agama melalui bidang penulisan; hakikatnya bagaimana boleh dicampur-adukan antara yang hak dan batil. Mungkinkah hal ini dapat dilakukan disebabkan mereka sudah diresapi perangai Yahudi, mengambil apa yang mereka fikirkan baik tetapi menolak atau menyembunyikan apa yang mereka fikir tidak mengutungkan diri!