WE CANNOT DIRECT THE WIND ,BUT WE CAN ADJUST THE SAILS

Saturday, November 6, 2010

7 Keajaiban Dunia Purba dan Moden

Tujuh Keajaiban Dunia (atau Tujuh Keajaiban Dunia Purba) merupakan senarai tujuh ciptaan binaan purba yang menakjubkan. Versi yang paling awal diketahui telah dibuat pada abad kedua Sebelum Masihi oleh Antipater dari Sidon; yang menjadi panduan dikalangan pemerhati masyarakat Hellenik yang hanya memerhatikan hasil kerja pembinaan di sekitar Mediterranean. Senarai kemudiannya memasukkan ciptaan Zaman Pertengahan dan Zaman Moden.
 
Berikut disenaraikan hasil binaan yang digelarkan tujuh keajaiban mengikut tarikh binaan:
Keajaiban Tarikh Pembina Musnah Punca
Piramid Agung Giza 2650-2500 SM Mesir masih wujud N/A
Taman Tergantung Babylon 600 SM Babylonia selepas abad pertama SM gempa bumi
Kuil Artemis di Ephesus 550 SM Lydia, Parsi, Yunani Purba 356 SM terbakar
Berhala Zeus di Olympia 435 SM Yunani purba antara abad ke-5 dan ke-6 M terbakar
Makam Maussollos di Halicarnassus 351 SM Parsi, Yunani Purba sebelum 1494 M gempa bumi
Patung Raksasa Rhodes 292-280 SM Yunani Hellenistik 224 SM gempa bumi
Rumah Api Iskandariah abad ke-3 SM Mesir Hellenistik 1303-1480 M gempa bumi
Senarai asal Antipater mempunyai Pintu Gerbang Ishtar dan bukan Rumah Api Iskandariah. Perubahan kepada senarai di atas berlaku pada abad ke-6 Masihi. Dari senarai tersebut, hanya satu sahaja yang masih bertahan dan wujud hingga kini iaitu binaan yang paling lama — Piramid Giza. Yang menariknya, dua dari keajaiban itu iaitu Kuil Artemis dan Berhala Zeus musnah dimamah api manakala tiga yang lain iaitu Rumah Api Iskandariah, Patung Raksasa Rhodes dan Makam Maussollos telah musnah akibat gempa bumi. Manakala kewujudan Taman Tergantung Babylon masih belum dapat dipastikan dengan jelas.



Tujuh keajaiban baru

Pada tahun 2006, dua buah organisasi telah memperkenalkan senarai "Tujuh Keajaiban Baru".
Pada awal 2006, sebuah inisiatif telah dimulakan oleh organisasi Switzerland iaitu Perbadanan Dunia Terbuka Baru (New Open World Corporation) (NOWC) untuk memilih Tujuh Keajaiban Dunia Baru yang terpilih dari 200 buah monumen yang masih wujud . Dua puluh yang ke peringkat akhir telah diumumkan pada 1 Januari 2006 .

Pada November 2006, akhbar kebangsaan Amerika USA Today dengan kerjasama rancangan televisyen Amerika Good Morning America mendedahkan senarai "Tujuh Keajaiban Baru" yang telah dipilih oleh enam orang juri.Keajaiban tersebut telah diumumkan satu setiap hari dalam masa seminggu dalam Good Morning America. "Keajaiban kelapan" telah dipilih pada 24 November daripada maklum balas penonton 
Bilangan Keajaiban Lokasi
1 Istana Potala Lhasa, Tibet
2 Kota Lama Jerusalem Israel
3 Bongkah ais kutub Kawasan kutub
4 Monumen Kebangsaan Kepulauan Hawaii Barat Laut Hawaii, Amerika Syarikat
5 Internet N/A
6 Peninggalan Maya Semenanjung Yucatá, Mesoamerika
7 Perpindahan Serengeti dan Masai Mara Kenya dan Tanzania
8 Ngarai Agung ("keajaiban kelapan" pilihan penonton) Arizona, Amerika Syarikat

 Istana Potala, Tibet
petikan : wikipedia

Kenapa agaknya saya membuat entri tentang keajaiban dunia ini? di samping menghilang kebosanan untuk menunggu tarikh peperiksaan yang agak lambat lagi (3 hari), saya juga melakukankanya atas dasar jiwa(sila rujuk tajuk blog ini) ketamadunan. Kita tidak mungkin berdiri megah hari ini jika tiada sumbangan pembangunan insan dan material daripada individu terdahulu..oleh itu, beryukurlah  selagi di genggaman dan hargailah ia sebelum kehilangan ..

“Hanya orang yang lemah akan hilang tanah airnya. Ia mungkin tidak akan berlaku lagi, tapi ia boleh berlaku,” - CHE DET

No comments:

Post a Comment