Reiki, adalah bahasa Jepun (disebut“RAY-key”) bererti energi kehidupan alam semesta, atau energi Ilahi, dan dipercayai sistem penyembuhan ini awalnya berasal dari Tibet. Dikatakan bahawa praktek penyembuhan ini berasal dari naskah-naskah kuno ribuan tahun yang lalu. Naskah kuno yang diketahui telah berusia lebih dari 5,000 tahun.
Reiki BUKAN sejenis agama atau segala hal yang berhubungan dengan keugamaan. Seni penyembuhan terdapat hampir disemua kebudayaan dan tradisi diseluruh dunia. Reiki adalah kesatuan dari semua konsep tersebut, yang sekarang telah dapat diterima diseluruh dunia. Reiki mengajarkan kesatuan dan keharmonian. Reiki adalah keharmonian dengan alam dan dapat digunakan untuk membantu penyembuhan manusia, tumbuhan, dan binatang, dan dapat juga membantu kemurnian dan keharmonisan air dan udara. Reiki diperkenalkan pada awal abad 20 di Jepun. Sistem Reiki berkembang dan disebarkan dengan sistem penyelarasan atau attunement. (dalam bahasa Jepun, disebut Reiju, yang bererti 'menerima energi). Sekarang telah dipelajari jutaan orang diseluruh dunia.
Jadi, mari sama-sama mula menabung untuk mempelajari ilmu reiki. Kosnya sangat mahal, mencecah RM3000-5000 untuk hanya 1 hari sesi pembelajaran. = D
No comments:
Post a Comment